Wakaf Hijau (Green Waqf) ialah konsep yang baru terbit dan kian popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia berdasarkan gabungan antara “hijau” yang merujuk alam sekitar dengan “wakaf”, iaitu istilah daripada kesusasteraan perundangan Islam.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Wakaf? 

Wakaf itu sendiri merupakan suatu kerja amal melibatkan duit atau harta yang didermakan bagi tujuan altruistik tertentu yang biasanya demi kebajikan komuniti.

Amalan berwakaf ini digalakkan dalam Islam kerana ia dapat memberi manfaat dari segi material, rohani dan sosial kepada kedua-dua pewakaf dan penerima wakaf.

Amalan ini juga memainkan peranan yang besar dalam pembangunan masyarakat yang mengamalkannya. Ia umpama bersedekah dalam Islam yang aset seperti tanah, bangunan atau wang didermakan bagi tujuan keagamaan atau kebajikan.

Perlindungan Alam Sekitar Dalam Islam

Dalam Islam, Allah SWT memerintahkan kita memelihara alam sekitar. Manusia diamanahkan oleh Allah SWT dengan pelbagai ciptaan-Nya dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga alam sekitar ini.

Keseimbangan alam sekitar perlu dijaga bersama untuk mengekalkan alam semula jadi ini dan kesejahteraan penghuninya.

Mengekalkan keseimbangan ini ialah prinsip teras dalam pandangan hidup Islam.

Wakaf Hijau untuk Pemuliharaan Alam Sekitar dan Pembangunan Komuniti

Wakaf Hijau boleh didefinisikan sebagai amalan menderma aset wakaf ke arah mencapai kesejahteraan alam sekitar.

Amalan ini memberi kita peluang untuk berkhidmat kepada komuniti setempat. Ia turut memberi impak yang baik terhadap komuniti serta memainkan peranan yang aktif dalam memelihara alam sekitar dan keseimbangan ekologi untuk mencapai kemampanan.

Pelaburan mampan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, solarisasi sekolah atau masjid, menggali perigi dan mengagihkan air menggunakan tenaga solar, atau menanam sayur-sayuran di sekitar kawasan masjid.

Faedah lain Wakaf Hijau termasuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan komuniti.

Terdapat banyak projek Wakaf Hijau yang direka bentuk untuk penglibatan komuniti setempat seperti peluang untuk menjadi sukarelawan atau melalui program pendidikan.

Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran berkenaan dengan isu alam sekitar, malahan memupuk perasaan memiliki dan sikap kebertanggungjawaban sebagai ahli masyarakat.

Wakaf Hijau turut berpotensi untuk membawa perubahan sebenar dalam usaha menentang perubahan iklim.

Di kala dunia kini berhadapan dengan cabaran menangani isu alam sekitar yang kian meningkat seperti penebangan hutan, pencemaran udara dan masalah kekurangan bekalan air, Wakaf Hijau boleh memainkan peranan sebagai mekanisme unggul untuk menangani isu ini.

Rumusannya, Wakaf Hijau merupakan pendekatan yang unik dan inovatif dari segi amalan sifat dermawan yang menggabungkan antara pemuliharaan alam sekitar dengan pembangunan komuniti.

Ia berpotensi untuk memberi impak yang signifikan kepada kedua-dua komuniti setempat dan alam sekitar, di samping ia selaras dengan nilai tradisional Islam.

Di kala dunia kini berhadapan dengan cabaran menangani isu alam sekitar yang kian meningkat, Wakaf Hijau boleh memainkan peranan sebagai mekanisme unggul untuk menangani isu ini dan diharapkan konsep ini akan terus menarik perhatian dan sokongan padu pada tahun-tahun mendatang.

Adakah anda sudah bersedia untuk melabur dengan Wakaf Hijau?

Sertai #Ummah4Earth

Marilah bersama bergabung tenaga untuk kebangkitan Ummah.

Sertai Pergerakan