“Ummah mesti menjalankan tanggungjawabnya untuk mencapai status kemampanan planet hijau dan mesti bekerjasama menjayakannya untuk semua manusia.” Dr. Husna Ahmad – Global One

Antara nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita ialah kita digolongkan dalam kalangan ummah. Dengan berbekalkan tenaga belia dan kemampuan yang kuat, kita berupaya merubah masa depan ke arah yang lebih baik. 

Sebagai ummah juga, kita mampu mencipta realiti baharu jika kita memilih untuk bersatu dan bekerjasama dalam mewujudkan masyarakat yang lebih adil, selamat dan mampan. Dengan semangat ini, maka pakatan “Ummah for Earth” terbentuk.

Kami mendekati komuniti Islam yang paling terkesan akibat krisis global, terutamanya krisis iklim dunia, dan kami akan berusaha untuk mengetengahkan kebimbangan mereka ini ke hadapan dan platform khas akan diwujudkan supaya suara mereka ini didengari.

“Kami merasakan tindakan kami menyertai pakatan ini adalah wajar kerana ia dapat menguatkan seruan umat Islam dalam memelihara bumi dan menjaga kebajikan sesama sendiri dengan lebih baik.” Mark Bryant – IFEES/EcoIslam

Dalam menjalankan peranan kita sebagai penjaga bumi ini, kita perlu sedar betapa pentingnya sesuatu ummah itu untuk menggunakan keupayaannya dalam melindungi bumi. Kita perlu menjadi ummah yang bertindak berlandaskan ajaran dan nilai yang pernah dipelajari, yang menyedari bahawa perubahan itu tidak mustahil, malahan ia adalah kewajipan kita.

Perubahan bukan sahaja perlu berlaku pada peringkat individu tetapi turut melibatkan peringkat secara kolektif. Oleh itu, kita perlu mempertimbangkan semula cara dunia ini beroperasi dan distrukturkan. 

Dunia telah pun membuktikan kelemahannya. Wabak jangkitan COVID-19 mendedahkan betapa lemahnya sistem penjagaan kesihatan, diikuti dengan cabaran ekonomi yang teruk dan peningkatan kadar pengangguran serta turut berlakunya krisis iklim dunia. Kesemuanya mengancam kehidupan berjuta-juta manusia di seluruh dunia Islam. 

Dalam setiap bencana yang berlaku, kita menyaksikan kerugian dan kemusnahan besar yang ditanggung oleh komuniti barisan hadapan, terutamanya golongan lemah yang terpaksa menanggungnya dengan harga yang paling tinggi.

“’Kita mempunyai satu planet dan satu bumi yang dikongsi untuk kita diami bersama. Hanya apabila kita bersatu, barulah kita boleh mula menangani isu perubahan iklim dan kelemahannya, sebagai manusia dan sebagai satu ummah.” Shahin Ashraf – Islamic Relief Worldwide (IRW)

Dari sudut lain, dengan terjadinya krisis ini, dapat dilihat munculnya pihak yang mengambil berat, mereka yang penuh bersemangat dan prihatin. 

Di tengah-tengah situasi bencana seperti cuaca panas ekstrem di Eropah dan bencana banjir di Asia baru-baru ini, kita dapat melihat sumbangan yang tidak terkira diberi oleh sukarelawan dan banyak kempen kemanusiaan untuk menyokong mangsa dan kempen jiran membantu jiran. 

Hal ini membuktikan lagi bahawa ummah kita sangat berani dan berintegriti; masing-masing bergegas untuk membantu golongan yang lemah dan memerlukan apabila berlakunya bencana.

Kami giat memperjuangkan perubahan sistemik yang mengutamakan keadilan sosial, peluang yang sama rata dan planet yang lebih baik. Perubahan yang didorong oleh belia Islam sebagai peneraju masa hadapan yang lebih cerah.

Sertai #Ummah4Earth

Marilah bersama bergabung tenaga untuk kebangkitan Ummah.

Sertai Pergerakan