Sudah tiba masanya umat Islam diseru untuk mengkaji semula trend penggunaan yang sudah menjadi sebahagian dari gaya hidup kita.

Seruan ini perlu diterjemahkan kepada anjakan paradigma perubahan tingkah laku dan amalam seharian supaya selaras dengan pandangan holistik Islam yang berdasarkan keseimbangan antara alam semula jadi dengan peradaban manusia.

Usaha melindungi planet ini ialah komponen utama yang menjadi amalan tradisi umat Islam dan seharusnya diterap menjadi sebahagian daripada amalan rutin harian.

Keteguhan terhadap tradisi Islam ini mampu mendorong masyarakat untuk mengambil tindakan konkrit dalam memastikan wujudnya keseimbangan (pengertian al-mizan ميزان) dan berkadaran (pengertian مقدار) dalam sistem alam semesta ini.

Menurut deklarasi Islam tentang perubahan iklim global, bencana perubahan iklim yang terjadi di kala ini ialah akibat daripada campur tangan manusia sendiri yang mengganggu keseimbangan itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan terhadap minat dan usaha untuk memelihara Bumi ini dalam dunia Muslim.

Minat yang berasaskan kebijaksanaan prinsip dan tradisi Islam ini mampu mengajak sesiapa yang beriman untuk turut sama mengharmonikan dunia sebagai satu Ummah.

Dengan kata lain, kita sebagai komuniti yang terdiri daripada kepercayaan yang universal dapat bergabung dengan berpegang pada nilai murni yang sama melangkaui had negara dan bangsa. 

Mengambil ilham daripada persepsi inilah, maka inisiatif yang diterajui oleh pakatan organisasi dan individu terkemuka dicadangkan sebagai penyelesaian.

Inisiatif Ummah for Earth ini boleh dijadikan sebagai peluang untuk mengajak komuniti Islam memikirkan semula situasi semasa dunia.

Juga mengharapkan masa depan yang lebih berdaya tahan dan saksama supaya semua pihak dapat menikmati planet yang bersih dan selamat untuk didiami.

Masyarakat Islam mempunyai potensi sebenar untuk menegakkan sifat amanah (amanah أمانة) yang menyumbang tenaga secara kolektif bagi membawa kebaikan yang lebih bermakna apabila kita bersatu.

Imam Besar Universiti Al-Azhar, Syeikh Ahmad al-Tayyeb, menuntut tindakan serius diambil terhadap bencana perubahan iklim. Beliau pernah berkata melalui tweetnya,

“Peningkatan suhu di seluruh dunia yang menyebabkan beratus mangsa terkorban; malahan ramai yang kehilangan tempat tinggal, sepatutnya mampu memberikan kesedaran bahawa tindakan yang komited perlu diambil dalam menangani perubahan iklim ini serta melindungi manusia daripada ancaman sebegini.”

Perubahan iklim ialah ancaman jangka panjang yang nyata dan boleh menjejaskan kehidupan kita dengan cara menggugat keupayaan negara untuk mencapai:

  • Keadilan sosial.
  • Kemampanan pembangunan.
  • Usaha membasmi pengangguran dan kemiskinan.

Planet kita bakal mengalami kerugian yang lebih teruk daripada kehilangan sumber minyak dan menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menjadi sebahagian daripada Ummah yang prihatin dan mampu membawa penyelesaian dan bukannya pencemaran.

Marilah kita bersatu mulai sekarang dan bertindak sewajarnya untuk melindungi golongan yang lemah dalam kalangan kita. Penyelesaiannya terletak dalam genggaman kita.

Tiada tindakan yang dikira kecil dalam melakukan perubahan.

Di bawah sinaran matahari, tiupan angin, keindahan dan kemakmuran alam. Penyelesaian juga bermula daripada diri kita sendiri. Ia tanggungjawab kita untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik berlandaskan kewajipan kita terhadap keluarga, masyarakat, negara dan agama.

Marilah sertai perjuangan Ummah dalam mewujudkan gerakan iklim Muslim dan tandatangani sokongan anda.