Penyelidikan mendalam mengenai sisa plastik yang diimport

Sampah plastik yang diimport, bukan sahaja tidak boleh diguna semula, ia juga dibawa masuk secara haram. Sampah plastik telah membanjiri kawasan kita sejak 2018 lagi – menenggelamkan suara-suara dan mengenepikan kesihatan ahli-ahli komuniti yang terkesan akibat situasi ini, dan juga termasuk kesihatan alam sekitar kita.

Kami membuka semula penyiasatan tentang isu sampah plastik yang diimport, kami menemui beberapa fakta yang mengejutkan.

Penemuan ini telah kami sertakan dalam laporan baru kami, dan tajuknya telah menceritakan kesemuanya.

Mitos Kitar Semula 2.0: Kesan Toksik daripada Sampah Plastik yang Diimport di Malaysia
(The Recycling Myth 2.0: The Toxic After-Effects of Imported Plastic Waste in Malaysia)

Laporan tersebut yang dikeluarkan tahun ini, adalah hasil dari investigasi berbulan-bulan yang kami lakukan pada tahun 2019, sekali dengan analisis makmal ke atas sampel air  dan sampel tanah yang dikutip pada masa itu.

Ia menggariskan beberapa bahan kimia yang berada dalam bentuk residu sampah plastik (dihancurkan dan dibakar) di 4 kawasan.

Kawasan-kawasan itu adalah tempat pembuangan sampah dan kilang kitar semula plastik yang tidak dikawal di Pulau Indah, Sri Cheeding dan Kapar dalam negeri Selangor; dan termasuk juga di Sungai Muda dalam negeri Kedah.

Beberapa bahan kimia itu telahpun masuk ke dalam satu kolam ikan!

Bahan-bahan kimia berbahaya ini adalah antara beberapa bahan yang dijumpai kami telah ditinggalkan oleh akibat sampah plastik yang diimport.

Gambaran keseluruhan

Sampah plastik telah membanjiri kawasan kita sejak 2018, diimport daripada beberapa negara maju.

Secara haram. Tidak boleh dikitar semula. Penggunaan sekali sahaja. Sampah plastik.

Ini adalah beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk menghuraikan apa yang telah diimport itu.

Secara bersendirian, perkataan-perkataan itu tidak menggambarkan yang indah.

Walaubagaimanapun, bersama, perkataan tersebut memberi makna yang lebih teruk, bukan sahaja untuk imej alam sekitar kita, tetapi lebih lagi pada kesihatan alam sekitar dan manusia yang tinggal di dalamnya.

Malaysia telah menjadi hub untuk sampah plastic, seketika bergunung-gunung sampah plastik muncul dibeberapa kawasan dalam negeri Selangor dan Kedah.

Kerajaan tempatan telah mengambil beberapa langkah positif untuk menutup kilang kitar semula yang haram, membersihkan dan sekaligus akhirnya menghantar balik sampah plastik yang diimport itu kepada negara asalnya pada tahun 2019 dan 2020.

Lagipun, akibat daripada mengimport sampah plastik itu sudah menghasilkan kesan yang sangat besar dan lebih sukar untuk dipadamkan. 

Apa yang kami jumpa

Dalam edisi pertama laporan The Recycling Myth, kami telah mengkaji masalah fizikal dari plastik itu.

Dari pengimportannya dari negara-negara maju, hanya untuk dibuang di tempat pembuangan sampah yang tidak terkawal dan kadang-kadang ke dalam saluran air, hingga kesannya kepada masyarakat yang tinggal akibat pembakaran plastik berhampiran kawasan ini.

“Jelas ketika terbakar, kita tahu bahawa bahan kimia dan zarah dapat dilepaskan ke udara, walaupun bukan merupakan sebahagian daripada kajian ini, kita tahu dari kajian lain bahawa mereka boleh menyebabkan masalah kesihatan melalui pernafasan dengan cara yang sama seperti butiran lain,” dijelaskan oleh Dr. Kevin Brigden, saintis kanan di Makmal Penyelidikan Greenpeace.

Dalam The Recycling Myth 2.0, kami mahu menunjukkan dengan kajian yang dikaji dengan baik bahawa bukan sahaja masalah fizikal atau visual yang kita hadapi dengan sampah plastik yang diimport ini, terdapat juga masalah kimia.

“Dengan sejumlah besar plastik dibawa ke negara tertentu, plastik tersebut membawa pelbagai bahan kimia berbahaya bersamanya,” kata Brigden, menjelaskan bahawa kebanyakan bahan kimia tersebut adalah toksik dan kekal dengan lama dalam persekitaran.

Dari sini ia menjadi lebih teknikal.

Bukti beberapa bahan kimia, logam berat dan logam berkaitan plastik dijumpai di lokasi yang terjejas oleh perdagangan sampah plastik yang diimport.

Bahan plastik sendiri mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya – contohnya, plastik berwarna merah, kuning dan oren terang sering mengandungi kadmium.

Walau bagaimanapun, rawatan yang tidak betul terhadap bahan plastik melalui pembakaran atau pemecahan (yang berlaku di lokasi yang disiasat) dapat memisahkan sebilangan bahan logam dari plastik, yang memungkinkannya menyebar ke persekitaran.

Ia juga boleh menghasilkan bahan kimia berbahaya baru – beberapa diantaranya sekarang dikawal di banyak negara di seluruh dunia.

“Setelah mereka dilepaskan ke alam sekitar, mereka akan tinggal di sana untuk waktu yang sangat lama. Dan perkara-perkara ini tidak kelihatan, dan itulah sebabnya kami ingin melakukan penyiasatan ini – untuk menjadikannya lebih jelas,” Brigden menambah.

Berikut adalah senarai bahan kimia, logam berat dan metalloid yang terdapat di kawasan-kawasan tersebut di samping kesannya terhadap kesihatan:-

  • Kadmium: Boleh terkumpul di dalam badan dari masa ke masa, dengan pendedahan jangka panjang yang menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tulang
  • Plumbum: Boleh berkumpul di dalam badan dari masa ke masa. Kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada sistem saraf, termasuk perkembangannya pada anak-anak, juga mempengaruhi sistem darah, ginjal dan pembiakan
  • Antimoni: Boleh menyebabkan serangan jantung (kesan miokardium) dan kesan gastrousus, menguatkan pneumoconiosis apabila disedut
  • Hidrokarbon Aromatik Poliklik (PAH): Boleh menyebabkan penyakit neurodegeneratif (penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson); kanser paru-paru; risiko penyakit kardiovaskular dan hipertensi; gangguan kitaran pembiakan dan gangguan pada pengaliran jantung hidupan laut
  • Oksid Tripenilfosfin (TPPO): Produk degradasi sebatian boleh menjadi toksik bagi organisma akuatik; TPPO adalah neurotoxin kepada siput epal keemasan
  • Nikel: Kemungkinan kesan gastrousus dan jantung
  • Sebatian Organik Meruap (VOC): Beberapa VOC are karsinogenik (benzena)

Terdapat banyak istilah kimia dan perubatan yang mungkin kita tidak faham.

Versi pendeknya adalah ini: Ini adalah bahan kimia berbahaya yang telah tersebar ke persekitaran kerana rawatan yang tidak betul. Sedikit kesan bahan kimia ini dapat, dan dalam beberapa kes, telahpun masuk ke tanah kita serta beberapa aliran air yang berdekatan.

Kajian yang dilakukan oleh Rangkaian Penghapusan Pencemaran Antarabangsa (IPEN) pada telur ayam di Indonesia juga menunjukkan bahawa setelah disebarkan, plastik dapat mempengaruhi bekalan makanan kita, sehingga mempengaruhi kesihatan kita.

Masalah ini tidak berakhir setakat menghantar kembali sampah ke negara asal.

Kita perlu menuntut semua kerajaan internasional untuk melindungi bukan hanya alam sekitar kita, tetapi juga kesihatan kita.

Secara keseluruhan, kami mendorong kesepakatan global untuk menghentikan kebanjiran sampah plastik yang tidak boleh di kitar semula ini.

Dan di peringkat tempatan, kami mendorong untuk:

  • Pelan tindakan pemulihan inklusif
  • Keperluan untuk mengkaji semula dan meningkatkan Akta Kebebasan Maklumat untuk ketelusan
  • Keperluan untuk meminda atau mengganti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar

Sertai kami untuk memanggil ke arah #NormaLebihBaik melalui #PemulihanHijau!