Baca siaran akhbar ini dalam Bahasa Malaysia di bawah.

PRESS RELEASE

Washington DC, United States – Over 125 health experts from eighteen countries signed onto a statement today assuring retailers and consumers that reusables are safe during COVID-19, pushing back on claims by the plastic industry. Among the health experts endorsing the statement is Universiti Putra Malaysia’s Senior Lecturer Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail from the Department of Environmental and Occupational Health Faculty of Medicine and Health Sciences.

The health experts — joined by Greenpeace USA and UPSTREAM, both members of the Break Free From Plastic movement — emphasise that disposable products are not inherently safer than reusables and that reusable systems can be utilised safely during the pandemic by employing basic hygiene.

“Public health must include maintaining the cleanliness of our home, the Earth,” said Dr. Mark Miller, former director of research at the National Institutes of Health’s Fogarty International Center. “The promotion of unnecessary single-use plastics to decrease exposure to the coronavirus negatively impacts the environment, water systems, and potential food supply compared to the safe use of reusable bags, containers, and utensils.”

The statement endorsed by scientists, academics, doctors, and specialists in public health and food packaging safety around the world, notes that household disinfectants have been proven effective at disinfecting hard surfaces, such as reusables. The statement follows several temporary pauses on plastic bans across the world and increased bans on reusables by shops amid COVID-19.

“It’s been shocking to witness the plastic industry take advantage of the pandemic to promote throwaway plastics and scare people away from reusable bags and other items,” said Greenpeace USA Global Project Leader Graham Forbes. “It is crucial for businesses, and governments to know that as they reopen, reusable systems can be deployed safely to protect both our environment and workers and customers. To keep people safe and protect our planet, we should listen to the best available science instead of underhanded marketing from the plastic industry.”

Throughout the COVID-19 pandemic, the plastic industry has worked to boost profits and demonise reusables. Pauses on plastic bans followed a significant PR push from the plastics industry, using older industry-funded research to claim that reusables are more dangerous than disposables during COVID-19.

“Over the past few months, there’s been a lot of conflicting information about how the virus is spread, but we now know that surfaces are not the main way we’re exposed,” said Matt Prindiville, CEO of UPSTREAM – a non-profit sparking innovative solutions to plastic pollution. “Plastic harms our health along the entire supply chain. Fortunately, COVID is easily destroyed by proper washing, so restaurants, grocery stores and other businesses can still serve us using reusable items in ways that protect health without harming the environment.”

The full statement signed by health experts can be found here.

Contact
Capucine Dayen, Greenpeace USA Global Comms Lead for Plastics: +33 647 971 819, [email protected]

Vanessa Tiongson, UPSTREAM Marketing & Communications Director: + 1 813 438 4956, [email protected]

Greenpeace International Press Desk, +31 (0)20 718 2470 (available 24 hours), [email protected]


Lebih dari 125 pakar kesihatan mempertahankan keselamatan penggunaan bekas guna semula semasa pandemic COVID-19


SIARAN AKHBAR

Washington DC, USA, 22 June 2020 – Lebih 125 pakar kesihatan daripada 18 negara menandatangani sebuah keterangan hari ini yang memberi jaminan kepada peruncit/peniaga dan pengguna bahawa bekas guna semula (reusable containers) adalah selamat untuk digunakan pada masa COVID-19 ini, menolak dakwaan bertentangan yang dibuat oleh industri plastik. Antara pakar kesihatan yang menyokong kenyataan tersebut ialah Universiti Putra Malaysia pensyarah kanan Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail dari Jabatan Kesihatan Alam Sekitar dan Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Pakar-pakar kesihatan itu – disertai dengan Greenpeace USA dan UPSTREAM, yang kedua-duanya ahli gerakan ‘Break Free From Plastic’ – mengetengahkan bahawa bekas pakai buang bukanlah lebih selamat dari bekas yang boleh diguna semula secara azalinya. Sistem penggunaan bekas guna semula boleh diamalkan secara selamat pada masa pandemik ini dengan menggunakan beberapa amalan kebersihan yang asas.

“Kesihatan awam mesti merangkumi penjagaan kebersihan di rumah kita, iaitu Bumi,” kata Dr. Mark Miller, bekas pengarah penyelidikan di National Institutes of Health’s Fogarty International Center. “Mempromosikan plastik pakai buang yang tidak penting sebagai cara untuk mengurangkan pendedahan kepada COVID-19 memberi kesan negatif kepada alam sekitar, sistem air, dan kapasiti bekalan makanan berbanding dengan penggunaan secara selamat beg, bekas, dan perkakas yang boleh digunakan semula.”

Penyataan yang disokong oleh saintis, ahli akademik, doktor, dan pakar dalam kesihatan awam dan keselamatan pembungkusan makanan di seluruh dunia, menyatakan bahawa pembasmi kuman yang digunakan dirumah telah terbukti berkesan untuk membasmi kuman pada permukaan keras seperti barang yang boleh digunakan semula. Penyataan itu menyusul selepas beberapa pemberhentian sementara keatas larangan penggunaan bahan plastik pakai buang diseluruh dunia dan peningkatan larangan menggunakan barang guna semula oleh kedai-kedai sementara COVID-19.

“Ianya mengejutkan untuk disaksikan bahawa industri plastik telah mengambil kesempatan keadaan pandemik untuk mempromosikan plastik pakai buang dan membimbangkan masyarakat supaya menjauhi penggunaan beg dan barang lain yang boleh diguna semula,” kata Ketua Projek Global Greenpeace USA Graham Forbes. “Ia amat penting bahawa perniagaan, dan kerajaan mengetahui semasa mereka kembali membuka perniagaan, barang yang boleh digunakan semula boleh dikerahkan secara selamat untuk melindungi alam sekitar dan pekerja dan pelanggan. Untuk memastikan masyarakat selamat dan melindungi bumi kita, kita mestilah mendengar sains terbaik yang tersedia dan bukanlah kepada taktik pemasaran kotor dari industri plastik.

Sepanjang pandemik COVID-19 ini, industri plastik telah bekerja untuk meningkatkan keuntungan dan menjahanamkan barang yang boleh digunakan semula. Pemberhentian sementara ke atas larangan penggunaan plastik pakai buang diikuti oleh peningkatan Perhubungan Awam yang amat ketara daripada industri plastik, menggunakan penyelidikan lama yang dibiayai oleh industri plastik sendiri untuk menyatakan bahawa barang yang boleh digunkana semula lebih berbahaya daripada menggunakan barang pakai buang pada masa COVID-19 ini.

“Selama beberapa bulan lepas, terdapat berbagai informasi yang bercanggah tentang bagaimana virus itu tersebar, tetapi kita sekarang tahu bahawa permukaan adalah bukan cara utama untuk terdedah kepada virus,” kata Matt Prindiville, Ketua Pegawai Eksekutif UPSTREAM – syarikat bukan untung yang mencetuskan penyelesaian inovasi kepada pencemaran plastik. “Plastik mengancam kesihatan kita dengan sekali keseluruhan rantaian bekalan. Mujurlah, COVID begitu senang dimusnahkan dengan pembersihan yang betul, supaya restoran, kedai runcit, dan perniagaan lain boleh berkhidmat kepada kita dengan cara yang melindungi kesihatan tanpa memudaratkan alam sekitar.

Kenyataan penuh yang ditandatangani oleh pakar kesihatan boleh ditemui di sini.

Contact
Capucine Dayen, Greenpeace USA Global Comms Lead for Plastics: +33 647 971 819, [email protected] 

Vanessa Tiongson, UPSTREAM Marketing & Communications Director: + 1 813 438 4956, [email protected]

Greenpeace International Press Desk, +31 (0)20 718 2470 (available 24 hours), [email protected]