Tak pasti undi untuk siapa?

Setiap suara mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan kita. Pilihan Raya Kecil (PRK) 2024 Nenggiri di Kelantan yang akan diadakan pada 17 Ogos 2024, adalah peluang emas untuk rakyat Kelantan menyuarakan harapan, keperluan, dan impian bagi sebuah Nenggiri yang lebih baik.

Semua orang perlu membuat pilihan sendiri dalam pengundian. Supaya anda boleh membuat undian termaklum, kami telah menyisir kenyataan tentang Kelantan di media dan parlimen untuk membantu anda mengelakkan kekeliruan, mengurangkan putaran politik, dan mengetahui janji-janji wakil rakyat.

Kenyataan Parti Politik dan Calon

Kelantan menghadapi beberapa krisis alam sekitar yang memberi impak ke atas kehidupan rakyat. Memahami isu-isu yang parti politik adalah penting untuk membuat keputusan termaklum.

PRK Nenggiri adalah langkah terbaik yang kita ada untuk memilih kerajaan Kelantan yang akan bertugas kuat untuk menangani krisis iklim dan alam semula jadi yang mempunyai kesan atas rezeki kehidupan kita. Calon-calon haruslah mengutamakan untuk melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat daripada impak perubahan iklim.

Semak apa yang diperkatakan dalam berita oleh kedua-dua parti, PN dan BN. Dan apakah isu kawasan lain yang perlu ditangani dalam negeri.

Perikatan Nasional (PN-Bersatu)

Calon: Mohd Rizwadi Ismail

  • Akan menumpukan fokus dalam kebajikan dan kemasyarakatan sama ada di kampung atau bandar. Dan memudahkan proses pengurusan dan pembangunan negeri kerana pentadbiran negeri itu dikuasai parti terbabit.
  • Isu tanah peneroka Kesedar menjadi tumpuan bagi PN untuk memecah monopoli BN yang tertumpu di kawasan tanah rancangan.
  • Bersedia untuk berjuang membela nasib masyarakat Orang Asli dan isu-isu berkait kepentingan masyarakat pribumi berkenaan akan diketengahkan.
  • Gelanggang futsal tidak cukup menjadikan sepak takraw, sukan pilihan utama anak muda, dengan harapan anak muda di DUN Nenggiri akan bermain sukan sehingga tahap professional.
Barisan Nasional (BN-UMNO)

Calon: Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

Analisis Greenpeace

Janji samar, tanpa kenyataan tentang tindakan konkrit

Secara berdampingan, kenyataan calon-calon nampaknya membincangkan isu-isu yang serupa seperti meningkatkan kemudahan untuk sukan belia dan membangunkan Kelantan.

Namun, kenyataan mereka seringkali bersifat umum, sekadar hiasan, dan tidak disertai pelan tindakan yang konkrit atau komitment yang jelas untuk menyelesaikan isu-isu spesifik, dengan setiap parti politik menonjolkan kesilapan pihak lawan untuk menimbulkan keraguan terhadap pesaing mereka.

Isu yang harus calon-calon memberi fokus:

1. Hak orang asli Kelantan
Lagipun retorik kedua-dua calon mengistiharkan sokongan mereka untuk melindungi hak dan kesejateraan orang asli dalam kempen PRK mereka. Tetapi tindakan untuk menyokong Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri menunjukkan sebaliknya. Projek tersebut yang dilihat sebagai ancaman besar kepada kehidupan kira-kira 1,200 orang asli dari 3 kampung. Sokongan sebenar memerlukan lebih daripada sekadar retorik; ia memerlukan tindakan untuk melindungi dan memperjuangkan hak-hak orang asli secara berkesan.

2. Pembanjiran akibat pembalakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal
Di Kelantan, penebangan hutan masih berlaku pada kadar yang membimbangkan. Hutan-hutan yang sepatutnya dilindungi telah digondol dan dicerobohi untuk tujuan pembalakan dan pembangunan pertanian komersial. Penebangan hutan yang tidak terkawal ini telah menyebabkan banjir yang lebih kerap dan teruk, selain menjejaskan bukan setakat ekosistem sahaja, tetapi sumber air, makanan dan kelestarian rakyat. Tetapi mitigasi pembanjiran hanya dicadangkan dari segi lain, dan tidak selari dengan retorik dalam media.

3. Kos sara hidup meningkat
Krisis air di Kelantan juga memberi kesan langsung kepada keselamatan makanan. Masalah hasil pertanian menurun dan harga makanan meningkat yang menambah beban kos sara hidup diperparah lagi oleh perubahan iklim yang menyebabkan cuaca yang tidak menentu, seperti banjir atau kemarau, yang menjejaskan lagi pengeluaran makanan. Di samping itu, isu pencemaran sungai dan sumber air di Kelantan akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal juga memberi kesan. Tindakan yang lebih komprehensif dan segera diperlukan untuk menangani krisis ini, termasuk pelaburan dalam infrastruktur air yang lebih baik dan langkah-langkah untuk meningkatkan daya tahan sektor pertanian terhadap perubahan iklim dan pencemaran.

Kenapa nak undi?

Undi merupakan hak anda dan pilihan anda!

Undi untuk iklim juga undi untuk bil yang lebih murah, undi untuk pekerjaan yang lebih mampan, undi untuk kehidupan yang lebih baik.

Kelantan telah dilanda teruk oleh impak perubahan iklim sejak beberapa tahun lalu – banjir teruk, kemarau, dan kemerosotan alam sekitar memberi kesan kepada komuniti dan mata pencarian kita. Dengan orang yang bergelut dan bencana iklim semakin teruk, terdapat banyak perkara yang akan berlaku pada tahun ini dan masa depan.

Dengan memilih pemimpin yang komited kepada dasar amalan hijau untuk melindungi alam sekitar, kita boleh memacu perubahan tahan lasak yang diperlukan untuk memerangi perubahan iklim, melindungi ekosistem semula jadi dan memastikan masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan untuk semua.

Lihat Senarai Semak Iklim kami untuk menilai perkara yang perlu dicari dalam janji pilihan raya parti.

Daftar diri untuk kemaskini PRK

Undian hanyalah permulaan! Sertai senarai mel kami untuk terus mendapat maklumat.

Poster Undi Iklim

Kami telah reka bentuk beberapa poster untuk dikongsi!

Kebanyakan rakyat Malaysia risau tentang kos sara hidup mereka yang dijejaskan oleh impak perubahan iklim seperti pembanjiran dan kemarau. Kita mahu kerajaan yang mengambil tindakan – bukan hanya janjian yang tak tertentu.

Kongsilah poster di media sosial, ataupun gantung di tingkap rumah dan kereta untuk meningkatkan kesedaran dan memberi peringatan kepada ahli politik untuk bertindak. Dah tiba masanya kita memastikan wakil kerajaan dengar tuntutan untuk melindungi kita dan alam sekitar: Utamakan rakyat, bukan sahaja keuntungan.

Ada soalan lain tak?

Kalau masih ada soalan, berikut adalah beberapa soalan lazim dengan jawapan yang mungkin boleh membantu. Anda juga boleh emel kami di [email protected].

Mengapakah PRK Nenggiri di Kelantan penting?

Pentadbiran Kelantan sebagai negeri yang sihat sejahtera dari segi alam sekitar, kritikal untuk keselamatan rakyat. Dan PRK untuk calon Nenggiri yang mengutamakan rakyat, boleh mempengaruhi dasar mengenai kemajuan negeri ke arah yang memanfaatkan alam semulajadi juga. Ini akan memastikan pemuliharaan sumber asli dan biodiversiti Kelantan yang unik.

Apakah kesan undi saya di PRK Nenggiri kepada Kelantan?

Undi anda boleh membantu memilih pemimpin yang mengutamakan pembangunan mampan dan perlindungan alam sekitar untuk kehidupan rakyat yang sejahtera. Dengan mengundi calon yang komited terhadap isu-isu seperti mengurangkan penebangan hutan haram, krisis air dan alam, ataupun projek pembangunan yang tidak dikawal, anda boleh menyumbang kepada perubahan positif jangka panjang dalam dasar dan amalan alam sekitar Kelantan.

Calon atau parti manakah yang mempunyai platform alam sekitar yang kukuh?

Walaupun Greenpeace Malaysia bukan partisan dan tidak menyokong calon atau parti politik tertentu, kami menggalakkan pengundi untuk menyelidik manifesto parti dan tindakan lepas calon, berkenaan pemuliharaan alam sekitar, dasar anti-pembalakan dan inisiatif pembangunan mampan.

Adakah Greenpeace Malaysia dikaitkan dengan kerajaan?

Tidak. Greenpeace Malaysia sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan kerajaan atau parti politik. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar dan menggalakkan pengundi untuk mempertimbangkan isu ini apabila membuat keputusan mereka pada PRK.

Subscribe for updates

Together we are part of a growing, global movement determined to bring about the changes our planet desperately needs.